Yeyenn Dzarif
Princess ♥
 photo 1426709_642674195795910_690669622_n_zpsb1812d11.jpg
Yeyenn. Malaysia

Entries About Linkies Stuff


Tagboard
.Put your cbox code here .

Credits
Template : Diana Adriana
Basecode : Dinie Hanani
Intan Aqilah
Best view : Google Chrome

Monday, January 2, 2012 | 12:54 AM | 0 Awesome People
Hazim .
Semalam aku pergi tempat kerja kau . Aku macam nak nangis je . Aku masuk then aku terus keluar balik . Hazim , last kita terserempak masa dekat maslee kan ? Tapi aku elak , taknak jumpa kau . Ya allah aku tak sangka tu last aku dapat tengok kau :'(  Hazim , aku mintak maaf . Aku banyak elak dari kau , tak layan kau . Hazim , aku dah kehilangan kau sekarang :\

Hazim
Semalam aku menangis teruk sangat , aku bukan tak redha pemergian kau tapi aku menyesal dengan ape yg aku dah buat dekat kau . Aku tak layan kau . Aku buat derkk dekat kau . Akhirnya ni yg aku dapat kan , Hazim jaga diri tau dekat atas sana :')

Hazim
Semalam aku mimpi pasal kau . Kau datang dengan muka kau yg innocence , putih je zim . Aku menangis lagi . Hazim , aku tak sangka cepat kau pergi kan ? Hazim tahu tak , semalam aku dengar lagu yg aku nyanyi then kau tolong dengar tu . Hehew rindu mase tuu , kau datang rumah aku , duduk bawah pokok , berbual dengan ibu . Hm moga kau tenang di atas sana Hazim :')


KOTA TINGGI: “Saya hampir berjaya mencapai Hazim dan Hasief tetapi kaki tiba-tiba kejang menyebabkan terpaksa berpatah balik dengan mengapungkan badan dan hanya mampu melihat dua anak saudara saya itu hilang ditelan ombak,” kata Md Nor Mamat, 19, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11.45 pagi kelmarin, Hazim Suhaimi, 20, serta abangnya Hasief, 25, lemas apabila dihanyutkan ombak besar ketika bermain di tepi Pantai Desaru, Bandar Penawar di sini dan Md Nor yang berada berhampiran cuba menyelamatkan dua beradik berkenaan, namun gagal. Dua beradik berkenaan dikatakan pergi berkelah di pantai itu dengan bapa mereka, Suhaimi Mamat, 52, selepas sekian lama tidak bersua.

Menurut Md Nor, kejadian berlaku ketika dia bersama dua beradik itu sedang bermain di tepi pantai apabila Hazim tiba-tiba dihanyutkan ombak besar manakala Hasief cuba membantu tetapi dia turut dihanyutkan ombak menyebabkan kedua-dua mereka dihanyutkan kira-kira 30 meter ke tengah laut.
“Selepas berpatah balik, beberapa pengunjung turut cuba membantu dengan berenang ke arah dua anak saudara tetapi gagal selepas kedua-duanya ditelan ombak,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT).

Md Nor sedih kerana gagal menyelamatkan dua beradik berkenaan tetapi reda dengan kejadian.

Sementara itu, ibu mangsa, Fauziah Mamat, 51, berkata, dia reda dengan ujian Ilahi itu.
“Saya baru saja melapor diri di Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Jaya, Johor Bahru pada 26 Disember lalu. Sebelum ini saya bertugas di SK Tenggaroh 3, Mersing, selama setahun setengah.

“Hanya Hazief saya beritahu pertukaran itu empat hari lalu dan merahsiakannya daripada Hazim kerana mahu memberi kejutan kepadanya,” katanya.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Ni dari surat khabar metro . Hazim , sumpah aku lemah sangat bila baca . Kalay kau tak pergi desaru tu mesti kau ada lagi kan sekarang ? :')  Hazim , semalam ibu baca apa yg kau hantar chat dekat aku . Then ibu ingatkan aku balek waktu dulu dulu , aku mintak maaf Hazim , aku tak dapat tahan air mata aku . Aku terus nangis depan ibu . Hazim , jangan lupa aku . Ramai orang menangis sebab kau sekarang Hazim . Insyallah , satu hari aku jumpa kau dekat sana :)

Assalamualaikum 

Old things | New things