Yeyenn Dzarif
Princess ♥
 photo 1426709_642674195795910_690669622_n_zpsb1812d11.jpg
Yeyenn. Malaysia

Entries About Linkies Stuff


Tagboard
.Put your cbox code here .

Credits
Template : Diana Adriana
Basecode : Dinie Hanani
Intan Aqilah
Best view : Google Chrome

Thursday, April 5, 2012 | 1:31 AM | 0 Awesome People
Sahabat.



Assalamualaikum. Setelah berhari-hari saya tak online akhirnya saya dah kembali, Cewahh :p  Ehemm saya ade sahabat. Sahabat yg saya sentiasa sayang. Macam saya sayang parents saya <3 k. Sahabat means orang yg paling kita percaya daripada orang lain, yg boleh kita berkongsi masalah tak kisahlah suka ke duka ke asalkan kita selesa bercerita dengan dia. Dia yg sentiasa ada dengan kita sama ada kita tengah perlu kan dia ataupun tak.  Dan sebenarnya nak cari sahabat yg sejati memang payah. Serious. Kawan tak sama dengan sahabat. Kawan maybe banyak orang yg boleh kita berkawan. Tapi nak cari orang yg kita boleh percaya memang susah. And kalau ada, sebenarnya itulah sahabat kita.




Sahabat juga adalah seorang yg boleh buat kita tersenyum sewaktu kita sedih and semasa kita senang dia pun boleh jadi lebih senang. Mempunyai atau mencari seorang sahabat takkan pernah merugikan. Adanya sahabat dia boleh buat hari hari kita lagi bermakna. Seriously. Sahabat adalah orang yg boleh menjadi macam macam watak pada kita. Boleh jadi ibu untuk mendengar masalah, cerita kita. Boleh jadi ayah yg sentiasa ada untuk membantu kita dan boleh jadi musuh untuk buat teman bergaduh kita. Sahabat juga adalah insan yg boleh menerima kita apa adanya. Dia juga akan turut merasa sakit bila kita sakit. Akan merasa senang dan lapang 
bila kita gembira. Senang cerita, sahabat adalah insan kedua penting selepas keluarga kita. 




Dalam persahabatan, pergaduhan adalah perkara biasa. Tak selalu kita senang dengan sikap dia tapi sebenarnya kita masih boleh terima dia. Kadang kadang hanya perkara kecik je boleh buat hubungan antara sahabat runtuh macam tu sahaja. Disebabkan benci, iri hati , sikap ego susah nak dibuang, maka lama lama hubungan sahabat pun boleh putus. Ape salahnya kalau kita ingat balik apa yg dia dah susah payah tolong kita, bahagiakan hari kita, mendengar masalah kita malah pernah menjadi superhero sewaktu kita lemah dan kalah. Bergaduh, maki sana sini tak pernah datangkan kebaikan. Ingatlah, mempunyai sahabat adalah  benda yg paling indah sebenarnyaa :') Hargai dan sayangilah sahabat kita selagi dia masih ada didunia .



Akhir sekali, al-fatihah buat sahabat yg pernah saya ada. Sudah genap 4bulan arwah pergi. Al-fatihah :')


Old things | New things