Yeyenn Dzarif
Princess ♥
 photo 1426709_642674195795910_690669622_n_zpsb1812d11.jpg
Yeyenn. Malaysia

Entries About Linkies Stuff


Tagboard
.Put your cbox code here .

Credits
Template : Diana Adriana
Basecode : Dinie Hanani
Intan Aqilah
Best view : Google Chrome

Saturday, September 8, 2012 | 12:36 AM | 0 Awesome People
Assalamualaikum. Hi blog :* Sudah bertahun lamanya aku rasa tak update blog. Tipu. Baru berapa bulan. Tapi aku cukup rindukan kau wahai blogkuuuuuuuuuu. Uhukss. 


Hi cinta.
Eh lupa. Aku mana ada cinta. Eh ada. Eh eh mana ada. Ehhh! 


4 bulan yg lepas. Aku terlihat seorang lelaki. Berjaket hitam. Aku cuma memandangnya dengan pandangan yg kosong. Maksudku hanya pandang sebegitu sahaja. Mulamula hatikuu asyik mengumpatnya. Cakap macammacam yg mana kalau lelaki itu dengar, pasti dia mengamuk macam hulk. Ok. Tiba tiba, waktu untuk aku pulang ke rumah, aku duduk sekejap diatas bangku bersama kawankuu. Sambil aku makan karipap dan kuih apatah lagi, aku terpandang lelaki itu lagi. Ya. Lelaki yg berjaket hitam itu lagi. Sekali aku terpandangnya, terasa seperti ingin memandangnya lagi. Kenapa? Aku terlihat senyuman yg terukir diwajahnya. Agak manis sedikit. Comel sikit. Dengan tak sengaja nye, aku terasa macam nak sangat berkenalan dengan lelaki itu. Tapi aku manusia. Juga punya perasaan malu. Aku pun pulang......................................


Keesokan harinya. Aku pergi ke tempat itu lagi. Melihat jam di tangan, aku tahu aku dah lewat. Masuk dalam dewan, sudah penuh. Aku duduk. Bersedia dan bersemangat untuk menimba ilmu pengetahuan. Pada satu saat, aku mengerling ke kanan ku. Aku terlihat lelaki itu lagi. Ahhh kociknyaa dunia ini Ya Allah. Aku alihkan pandangan ku semula ke depan. Tiba waktu rehat, aku mengambil makanan lalu aku pergi cari tempat di tingkat dua. Tiba tiba lagi, dia ada di depan mataku. Bersama kawannya. Juga berbaju hitam. Aku tersenyum sinis. Aku melihat ketika dia sedang makan. Comelnya. Kemudian, dia pergi. Sebelum pulang, aku suruh teman sekelasku untuk bertanyakan nama lelaki itu. Akhirnya, aku dah tahu nama nya. Nama yg comel seperti orangnya. Cewah. Aku pun pulang.......................................


Tak sangka dan memang tak sangka, aku boleh terjumpa facebooknya dan aku mula berkenalan dengan dia. Lelaki ini sememangnya pendiam. Rasaku. Kenal kenal kenal sampailah suatu hari, kami declare. Betulkah semua ni Ya Allah? Sungguh aku tak percaya. Pada mulanya, semua agak manis. Bila aku merajuk sikit, dia mula menggelabah macam apa nak pujuk aku. Kelakar pun ada :) Tapi aku suka caranya. Saat yg paling aku suka pabila dia buat voicemail. Dan bila aku dengar, pasti aku tersenyum kecil. Pasti. Pada saat itu, aku rasa dia lah lelaki yg paling 'sweet' pernah aku kenal. Hihi.


Tapi itu semua tak lama. Disebabkan kami tinggal berjauhan, dan aku pula susah untuk keluar sendiri, dan dia pula dah tak menggunakan handphone, saat itu semua berubah. Kebosanan melanda diri dia. Tapi aku tidak pernah ada rasa bosan. Tak pernah. Sampai satu masa, aku berjumpa dengan dia, berjalan dengan dia buat kali pertama. Seronok. Seronok dapat tengok dia walaupun sekejap. Itu namanya rindu. Tapi tanpa aku sangka, date pertama aku dengan dia rupanya date yg terakhir buat kami. Tiada lagi date kedua mahupun ketiga. Aku tak menangis. Tak. Sebab setiap doa aku selalu memohon pada DIA yg maha Esa, walau apa pun terjadi, aku harus tabah. Aku taknak perkara lepas berulang lagi. Cukuplah hanya dua kali. Walaupun doa ku untuk aku dengan dia kekal selamanya tak dimakbulkan, aku tetap redha. Asalkan dia boleh bahagia. Apa guna pasangan kalau masing masing sudah timbul rasa bosan :) Wahai ex, terima kasih untuk 2bulan 25 hari.





ehhh.................kelakarnya. Hahahahaha lol :p







Assalamualaikum................................

Old things | New things