Yeyenn Dzarif
Princess ♥
 photo 1426709_642674195795910_690669622_n_zpsb1812d11.jpg
Yeyenn. Malaysia

Entries About Linkies Stuff


Tagboard
.Put your cbox code here .

Credits
Template : Diana Adriana
Basecode : Dinie Hanani
Intan Aqilah
Best view : Google Chrome

Friday, October 19, 2012 | 12:17 AM | 0 Awesome People


Hi blog. Hi followers yg tak setia baca blog aku. Hihi.
Dah lama dan aku rasa macam dah ketagih sangat nak update blog. Tak tipu.
Aku tahan nafsu ni sampai habis PMR. Alhamdulillah.

Aku nak bercerita. Aku nak cerita kisah sedih. Kalau nak ada feel, kena baca dalam gelap lepastu bukak lagu jiwang. Kompem nangishhh. #Ehh



Dulu............................ aku ada kenal seorang lelaki ni. Perlu ke aku cerita muka dia acane ? Tak perlu. Kalau aku bagi gambar dia pun confirm aku boleh jatuh hati lagi. Eh tak. Eh. Hmmm dia ada lesung pipit. Comel. Senyuman dia. Buat aku cair. Boleh buat iman lemah. Tak tipu. Tinggi orangnya. Berkulit putih. Dan ramai gadis tergilagila kan dia.


Dia ni atlet sekolah. Aku suka tengok masa dia buat training lompat tinggi. Ya Allah, hanya Kau lah yg tahu betapa cairnya hati aku bila tengok dia buat training. Nak disingkat kan cerita, aku pernah 'bercouple' dengan dia. Dan relation kami lah relation yg paling lama pernah aku ada. Dan dengan dia lah buat aku rasa sayang sangat dekat dia. Jujur. Aku tak pernah rasa sayang macam tu dekat insan bernama 'lelaki'. Tapi sayang aku semua tu tiada guna :) cinta monyet. Monkey love. 


Saat paling sakit. Aku tak tipu. Sebab perkara ni yg buat aku menangis tiap malam. Ahh bodohnyaaaa. Macam ni. Suatu hari tu aku rasa macam dia ni dah ada orang lain. Dan aku dengan penuh semangat jiwa dan raga aku. Aku cuba tabahkan hati. Aku bertanya pada dia. " Sayang, jujurlah dengan saya. Awak dah ada orang lain ke atau awak memang dah ada suka orang lain ? Saya janji saya tak marah tapi tolong jujurlah dengan saya :) " Aku sempat selitkan smile emotion dekat message tu sedangkan sepatutnya tak payah. Berapa minit kemudian, ada message masuk. Ya, dia membalas message aku. Aku buka. Aku baca.


"Saya mintak maaf kalau apa yg saya bagitahu ni melukakan hati awak. Ini bukan niat saya. Jujur. Saya sayang awak dan saya juga sayangkan 'dia'. Dia juga girlfriend saya. Tapi saya taknak lepaskan awak."


"Dia juga girlfriend saya tapi saya taknak lepaskan awak". Ya Allah sesungguhnya aku ni memang insan yg lemah. Air mata mengalir juga walau aku dah cuba untuk menahan nya ya Allah. Wahai lelaki, aku manusia biasa. Cukuplah. Jika lebih sayangkan dia, mohon. Lepaskan aku. Akhirnya, berakhir sudah kisah aku dengan dia. Sungguh, melupakan engkau adalah perkara yg sukar dan sangat lah susah bagi aku. Terima kasih Ya Allah berikan aku Petunjuk mu :) Aku sedar. Cinta manusia tidak selalunya kekal. Malah cinta Allah kepada umatnya tiada penghujung. 



Kisah aku. Kisah benar. Langsung tak sedih tapi sangatlah sedih bagi aku.
Aku mengalami. Aku melaluinya dan aku berjaya menempuh uijian ini . 
Cukuplah lelaki. Cukuplah sakiti hati kaum wanita yg lemah separti aku. Cewahhh.



Dan aku punya mereka. Aku sayang mereka.



Assalamualaikum.

Old things | New things