Yeyenn Dzarif
Princess ♥
 photo 1426709_642674195795910_690669622_n_zpsb1812d11.jpg
Yeyenn. Malaysia

Entries About Linkies Stuff


Tagboard
.Put your cbox code here .

Credits
Template : Diana Adriana
Basecode : Dinie Hanani
Intan Aqilah
Best view : Google Chrome

Wednesday, November 14, 2012 | 12:57 AM | 0 Awesome People

Semenjak dua menjak ni aku asyik dekat blog je. Hehe. Rindu macam dulu. Nvm. 




Assalamualaikum. Hi Dekmi :') Pertama sekali saya nak minta maaf sebab tak reply text awak. Sebenarnya banyak sangat yg saya nak luahkan pada awak. Jadi, saya balas dekat sini je lah ye. Saya tahu awak baca :') Yelah. Awak kan selalu stalk saya. Ecehceh :p


Dekmi..... Saya minta maaf lagi sekali. Saya tahu saya banyak sakitkan hati awak selama kita kenal. Saya tahu saya banyak buat silap dekat awak. Awak rajin layan saya. Dulu. Awak rajin message saya. Dulu. Awak rajin call saya. Dulu. Semua tu dulu. Saya tahu awak dah lama tunggu saya. Hampir 2 tahun lebih. Maaf. Saya tak boleh nak suka awak. Terima cinta awak. Dulu. Tu semua dulu Dekmi :') Saya tahu hati awak hancur bila dapat tahu saya couple dengan Aiman. Tapi awak tak faham. Saya tak boleh couple dengan orang yg saya tak suka/cinta/sayang. Saya tak boleh. Lebih rela saya tak terima awak daripada kita couple tapi saya tak punya perasaan apa-apa pun pada awak. Saya taknak sakitkan hati awak lagi. Jujur.


Dekmi..... Saya dah mula sukakan awak. Saya dah mula sedar yg saya dah mula suka pada awak. Saya nak bagitahu awak masa tu.tapi sayangnyaa saya dah terlambat. Awak dah bahagia dengan dia. Kekasih awak. Kesiannya saya. Hahaha nak menangis jugak lah masa tu. Tapi saya tahan. Sebab awak memang patut dapat dia dan dia yg patut dapat awak. Sebab dia lebih layak. Dia tak sakitkan hati awak. Hmm Dekmi, gf awak cantik sangat. Saya insecure. Jealous kot :p  Walau apa pun, saya doakan awak bahagia. Please, jaga girlfriend awak baik-baik. Cantik tuuuuu :')


Dekmi..... Maaflah. Saya cuba untuk jauhkan diri dari awak. Saya nak cuba lupa awak. Saya tahu kita dah janji walau apa pun, kita jangan lupa. Kita tetap kawan. Ya saya tahu. Tapi saya tak boleh. Haha bodohnya saya. Saya cuba lupakan awak dengan deactive facebook saya. Sebab bila saya online je mesti status awak, gambar awak yg selalu muncul kat wall fb saya. Semak :p Dan waktu tu, mula lah rasa jeles. Ceh poyo. Maaf ye Dekmi. Insya Allah saya boleh lupa awak. Saya selalu berdoa agar Allah tabahkan hati saya. Saya takut dah nak message awak. Takut sangat.


Dekmi..... Saya ngaku. Saya rindu awak. Rindu macam dulu. Rindu nak dengar suara awak. Dan terima kasih. Awak penah nyanyikan lagu yg awak bagi tuu untuk saya. Siap pakai gitar lagi. Awak mesti tak tahu. Masa dengar awak nyanyikan lagu tu, saya rasa sebak. Tapi tahan :')  Saya rindu awak yg dulu. Tapi awak dah berubah. And awak kata awak berubah semua sebab saya kan ? Maaf Dekmi. Saya jahat. Saya sedar. Dan lagi sekali saya sedar, yg saya memang tak layak untuk awak.

Dekmi..... Saya tahu awak tak suka saya bercakap pasal gf awak bila kita text. Tapi awak lupa. Masa saya couple awak sendiri suka tanya pasal bf saya dalam text. Tahukan tak suka ? Macam tu lah saya rasa. Maaf. Saya ni banyak sangat dah sakitkan hati awak. Memang tak layak ah untuk awak. Kan Dekmi ? Hehe.


Dekmi..... Terima kasih pernah menegur saya dulu. Masa saya tak comel sampai dah comel dah. Hahaha k perasan. Ketawalah. Saya tengah buat lawak ni :p Terima kasih pernah sudi dengar masalah saya. Cerita saya. Layan karenah saya. Terima kasih...........................



Bye anak Nasir :')




Lastly. Lupakan lah saya. Tolong bahagia kan kekasih awak. Jangan cuba buat dia sedih. Jangan curang ! Hehehe ok bye Dekmi. Assalamualaikum :')

Old things | New things