Yeyenn Dzarif
Princess ♥
 photo 1426709_642674195795910_690669622_n_zpsb1812d11.jpg
Yeyenn. Malaysia

Entries About Linkies Stuff


Tagboard
.Put your cbox code here .

Credits
Template : Diana Adriana
Basecode : Dinie Hanani
Intan Aqilah
Best view : Google Chrome

Just Memory
Sunday, December 9, 2012 | 8:28 PM | 0 Awesome People
Assalamualaikum. How are you ? Fine ? And me alhamdulillah sihat. Suddenly, i missed arwah Hazim. Almost 1 year he's gone. He's passed away. He's left this world. Ya Allah. Tak tahu kenapa. Bila teringat dia, mesti mengalir air mata. Hazim, i miss you. Really miss you. Ain tahu Hazim tenang kat sana :') Please rindukan Ain jugak :b hehe.

Hazim, 1/1/2013 genap setahun Hazim pergi kan ? Kejap je. Tak percaya yang Hazim dah takde. Tak percaya jugak pemergian Hazim memang terasa kehilangan bagi Ain. Kalau dapat putar balik masa, mesti Ain tak macam ni. Hazim ingat tak masa first time Hazim kenal Ain ? Masa tu Hazim baru je pindah dekat kawasan rumah kita tu kan. Then Hazim selalu jalan-jalan pergi padang. Depan rumah kita tu ada padang. Hazim selalu pergi situ kan ? Masa tu Hazim dekat padang duduk atas bangku dengan Diba. Ain masa tu dekat rumah jiran. Then Hazim ternampak Ain. Hazim senyum je. Ain buat derk. Haha malu ok. Lepastu Ain pun balik.


Masa tu Ain darjah6. Hazim form4 maybe. Haha tua nya :b Hazim selalu datang sekolah Ain. Sebab ibu Hazim cikgu dekat sekolah tu. Bila time rehat, kalau Hazim nampak Ain mesti Hazim tegur. Senyum-senyum. Haha kelakar pun ada. Masa tu Ain dah kenal Hazim. Dah macam abang kot Ain anggap Hazim :) Bila dekat rumah, Hazim selalu tegur parents Ain. Hazim selalu berbual dengan ibu Ain. Sopan je Hazim. Hehe.


Satu hari tu, Ibu tengah karaoke dekat rumah. Haha then Hazim datang. Ibu pun berbual je dengan Hazim. And suddenly Hazim suruh ain menyanyi. Haha Ya Allah malunya. Ish. Hazim pujuk punya pujuk last last Ain menyanyi jugak. Nyanyi lagu Elyana tu. Tah ape tah ajuk dia. Lupa :(  Masa Ain nyanyi sumpah Ain tak pandang Hazim langsung. Haha kelakar lah waktu tu. Then Hazim sengih-sengih. Macam kerang busuk. Tak comel pun. Haha.


Hazim ingat tak. Masa tu ada majlis dekat surau. Hazim pergi. Then makanan yang Hazim dapat dari surau tu Hazim tak cuit pun. Hazim simpan. Sebab apa ? Hazim datang rumah Ain then Hazim hantarkan makanan yang Hazim dapat tu. Haha Hazim ni. Bukannya dekat rumah ni takde makanan pun. Then ibu pun amik jelah. Hazim pun balik.


Hazim, Ain rindu nak tengok Hazim senyum. Tersengih macam dulu. Tapi Ain sombong. Ain tak suka nak layan Hazim. Ain asyik larikan diri dari Hazim. Hazim ada cakap dengan ibu. Yang Hazim tunggu Ain. Hazim nak kahwin dengan Ain. Haha apeni. Hazim cakap, Hazim tunggu je. Hazim cakap dengan ibu Ain yang Hazim suka Ain. Dari situ Ain mula jauhkan diri dari Hazim. Maaf. Ain tak suka. Ain cuma anggap Hazim macam abang. Tak pernah lebih dari tu. Hazim tak tahu kan, masa tu Ain ternampak Hazim dekat mall. Then Hazim pun perasa Ain. Tapi Ain cepat-cepat larikan diri. Mengelak dari Hazim. Ahh jahatnya. Banyak kali Hazim. Bila kita terserempak mesti Ain larikan diri.


Then dah berapa tahun, kita tak jumpa dah. Ain pun da nak masuk form3 masa tu. Tetiba Hazim hantar IM dekat Ain. Hazim mintak number, tapi Ain tak layan. Hazim pun bagi number Hazim, tapi Ain langsung tak amik number Hazim. Tak lama Hazim pun off. Ain tak kisah langsung. Seminggu sebelum Hazim IM Ain, Ain ada mimpi gigi bawah patah. Serious. Pelik juga dapat mimpi macam tu. Haha then tanya kawan apa makna mimpi tu. Ceh nak tahu jugak ni. Then kawan cakap, mimpi tu maknanya, org yang kita sayang nanti akan mati. Macam bagi penanda lah.And Ain pun macam, ahh yeye lah tu. Mimpi tu mainan tidur je. So Ain dah lupakan.  Then lepas dua minggu, Ain dapat tahu dari ibu yang Hazim dah takde lagi . Hazim lemas. Mayat Hazim tak dijumpa lagi. Masa tu tak tahu nak kata apa. Rasa macam lemah sangat. Air mata laju je mengalir dekat pipi. Masa tu dah tak kisah siapa yang nampak Ain nangis. Rasa macam, ahhh. Ya Allah harap berita ni tipu je. Tapi tu lah kenyataan nya. Hazim keluar surat khabar. Mayat abang Hazim dah jumpa tapi mayat Hazim ? Belum lagi. Masa Ain luahkan dekat blog pun Ain tak henti-henti menangis. Macam ni rasanya bila kehilangan orang yang kita sayang. Sakit. Sangat sakit.


Besoknya, Ain dapat tahu. Mayat Hazim dah jumpa. And dah nak kebumikan, Ain mintak maaf. Ain tak datang masa pengebumian Hazim. Kalau boleh nak sangat Ain jumpa Hazim. Tengok Hazim buat kali terakhir. Malangnya. Tak dapat. Maaf. Hazim, bila Ain pergi library sekolah then tengok majalah sekolah yg dulu, mesti Ain cari gambar kelas Hazim. Comel je. Haha Hazim, demi Allah. Ain rindukan Hazim. Terima kasih pernah datang dalam mimpi Ain masa hari ke empat Hazim dah takde. Terubat lah sikit rindu tu :) Tapi Hazim cakap dalam mimpi Ain yang Hazim still hidup lagi. Ain tak boleh terima semua ni. Perit sangat. Hazim dah takde. Ain janji, kita akan jumpa lagi. Bila Ain dah mati :) Tunggu ok Hazim ? :') Semoga tenang di atas sana. Al-fatihah.



*Cerita ni cerita betul. Aku dah pernah post pasal dia dulu. Maaf gambar dia aku tak boleh tunjuk. Assalamualaikum :)

Old things | New things