Yeyenn Dzarif
Princess ♥
 photo 1426709_642674195795910_690669622_n_zpsb1812d11.jpg
Yeyenn. Malaysia

Entries About Linkies Stuff


Tagboard
.Put your cbox code here .

Credits
Template : Diana Adriana
Basecode : Dinie Hanani
Intan Aqilah
Best view : Google Chrome

Wajib ke ?
Monday, January 7, 2013 | 12:10 AM | 0 Awesome People

Assalamualaikum wahai pembaca setia blog ku sekalian....... Apa khabar ? Alhamdulillah.Aku berasa kurang sihat di sini. Tskk tskk kasihani lah aku. Aku bukan nak bercerita panjang. Tapi kali ini, aku sekadar cuma mahu berkongsi.

Ada seorang hamba telah menanyakan soalan kepada aku."Wajib ke pakai tudung ni? Buat apa nak pakai tudung kalau perangai kau sama je macam syaiton?! Eleh pakai tudung konon nampak baik. Pakai tudung nak ikut trend je dia tu, bukannya ikhlas".........


Hi sayang-sayang ku sekalian. Setiap persoalan pasti ada jawapannya. Mengapa Islam mewajibkan Muslimah memakai tudung ? Islam itu indah :)  Islam itu suci. Menutup rambut bagi seorang muslimah adalah wajib. Ia tuntutan agama islam yg suci. Tetapi sebenarnya, memakai tudung itu tak wajib. Menutup aurat itu wajib. Cuba awak fikir, rambut tu aurat ke bukan ? Yes. Aurat. Jadi, kita memang kena lindung makhkota kita wahai wanita daripada dipandang oleh lelaki yang bukan muhrim.

Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. " Aku lihat perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku melihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan  mengapa mereka diseksa dengan begitu teruk?" Rasulullah menjawab,  " Wahai puteriku, adapun mereka yg tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yg bukan muhrimnya."


Menambah dosa dan dimurkai Allah.
Sehelai rambut yg diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa kita dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 orang lelaki maka 10 dosa kita dapat. Tahukah berapa helai rambut kita ? Dan tahukah berapa ribu lelaki yg akan kita temui hampir setiap hari ?


Lebih cerdik, selesa dan sihat.
Kepala yg dilindungi tudung akan lebih selesa. Cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yg sihat dan selesa akan mendorong kelancaran  perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik. Pemakaian tudung juga akan mengelakkan kepala dihinggap oleh serangga-serangga yg akan merosakkan rambut dan kepala kita.

Lebih sopan dan manis.
Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis :)

Menjadikan diri kita 'Mahal'. 
Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan kita begitu dikagumi.

Lebih disayangi Allah.
Wanita yg bertudung dengan cara yg betul serta melaksanakan perintah Allah akan terus dilindungi Allah sehingga akhirat.







Tetapi, masih ada yg mempertikaikannya. Lumrah manusia :)





Yang tutup aurat pasti masuk syurga ke ? 
Yang pasti, tak tutup aurat pasti masuk neraka :)

Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. " Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yg disalahkan "Pakai tudung tak semestinya baik..bla bla bla bla......"

Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Dakwah itu suatu tuntutan. Selagi kau islam, dakwah itu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurangnya dia dah insaf dan bertaubat sekarang.

Walau aku pakai seksi, hati aku baik.
Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yg suci, iman yg tinggi dan kononnya ia sudah menjamin maruah kau tanpa perlu menutup aurat ?

Pakai jarang ke ketat ke, itu hak aku. Kalau tak suka jangan tengok.
Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yg tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yg membuak-buak ?

Aku rasa apa yg aku pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang aku.
Seksi atau tidak kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

Walaupun aku tak pakai tudung, aku tetap solat dan puasa.
Apakah ibadat kau diterima ? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga ?

Sukahati aku lah nak pakai mcm ni. Aku tak susah kan hidup orang lain. 
Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

Apa yang aku pakai, ini antara aku dengan tuhan.
Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti ? Lawan perintah Allah, neraka lah tempatnya.

Bukan aku tak mahu menutup aurat,cuma belum sampai seru.
Mati tidak mengenal usia sayang. Tak takut ke mati dalam usia muda ? Tak sempat nak bertaubat nanti.

Takkan nak buat perubahan secara drastik ? Slow-slow laaa.
Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak aa dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

Tutup aurat itu bagus tapi aku taknak jadi hipokrit kerana aku tak ikhlas lakukannya.
Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama islam.



That's all. Itu yang aku nak kongsikan. Oleh kerana aku pun masih belajar. Berdoalah untuk yang terbaik. Akhir sekali, mohon maaf jika terkasar bahasa.Ini sekadar perkongsian :) Assalamualaikum.





Old things | New things