Yeyenn Dzarif
Princess ♥
 photo 1426709_642674195795910_690669622_n_zpsb1812d11.jpg
Yeyenn. Malaysia

Entries About Linkies Stuff


Tagboard
.Put your cbox code here .

Credits
Template : Diana Adriana
Basecode : Dinie Hanani
Intan Aqilah
Best view : Google Chrome

Saat Terakhir.
Friday, January 18, 2013 | 11:46 PM | 0 Awesome People
Assalamualaikum.
Terutama sekali aku ingin meminta maaf di atas semua kesilapan aku selama ini.Walaupun aku rasa aku ini macam baik sahaja orangnya. Wakaka. Aku menekan papan kekunci ini dengan berhati-hati. Jika kau perasan typo aku, kau buat tak tahu je. Tiada manusia yang sempurna. Ahh merapu. Dan ini mungkin post aku yang terakhir. Kau jangan salah faham. Aku bukan dah nak mati. Cuma aku akan pergi, tinggalkan keuarga dan kawan-kawan aku disini. Aku sendiri tak pasti untuk berapa lama. Tapi mungkin 4 tahun. Ah aku boleh pengsan macam ni. Tak apa. Aku cuba berdikari. Aku tahu aku boleh.


Berteman dengan mereka, dari aku zaman kanak-kanak lagi. Taklah kanak kanak sangat. Tapi boleh lah. Dari hari pertama aku masuk sekolah menengah, hari pertama kami sekelas, hari pertama kami mula berkenalan. Itu saat yang aku takkan lupakan. Dengan mereka, aku pernah menangis. Ketawa sopan. Ketawa yang dah takde sopan pun ada. Dengan mereka aku bergurau senda. Merajuk. Segalanya dengan mereka. Pergi kantin bersama. Pergi koko bersama. Pergi tandas pun bersama. Diam. Di mana ada aku, di situ ada mereka. Begitu juga sebaliknya. Tanpa mereka, aku sunyi. Seperti tiada teman. Bila dengan mereka, segala masalah aku akan hilang. Jika aku tengah sedih, tapi bila dengan mereka, aku masih boleh ketawa.
Ketawa macam beruk pun boleh. Aku tak tipu. Mereka lah kawan aku. Orang yang aku sayang............





Hairatul anisa. Nur Afiqah. Nur Alissa. Nur Nadhirah. Aishah Dhabitah. Semuanya aku sayang sama rata. Walaupun ada jugak main kutuk-kutuk, alah biasa ah. Baru namanya Fiendship. Haha. Bila aku tengah menangis, mereka mesti cuba relaks kan aku. Itu gunanya kawan. Walaupun kekadang aku selalu sakit hati dengan mereka, tapi kenangan manis buat aku lupa semua tu. Kau jangan..........Mereka ni gila gila. Sehari kalau tak ketawa tak sah agaknya. Meh aku bilang...


Hairatul Anisa.....Mula-mula aku rapat dengan kakak dia. Tapi bila naik sekolah menengah, aku rapat dengan dia pulak. Ini bukan magic. Masuk je kelas, duduk dengan dia. Kitorang duduk bersama dalam kelas dari form1 sampai form3. Tahu. Kuatnya hubungan ini. Haha. Dia kecik je orangnya. Kecil-kecil cili padi ok. Dia genius. Aku jealous :(  Cantik. Baik. Sopan ah gitu. Tapi kekadang je xD Hahaha. Hairatul Anisa, ingat ni. Awak nak jadi accountant kan ? Dari form 1 lagi awak bagitahu yg awak nak jadi accountant. Jangan menyesal bila dah masuk PA1. Memang ramai kata, akaun ni susah. Tapi kalau niat kita memang betul-betul nak jadi accountant, kita mesti nak belajar betul-betul sampai pandai kan. Itu yang akan buat awak senang nak belajar akaun nanti. Trust me. Pedulikan cakap orang yang akan melemahkan semangat awak. Nanti bila dah kerja, kita nak tengok awak jadi accountant yang berjaya! Ok ? Hehe. And thanks for everything. Selama ni awak dah mengajar kita. Ajar math ah terutamanya. Haha, and im sorry kalau selama ni ada buat awak terasa hati and sebagainya. Im sorry :( Doakan kita ok dekat sekolah baru ok ? Forever friends :')


Nur Afiqah.....Yang ni payah sikit nak describe. Wahaha. Dia ni tinggi gila. Gangster. Tapi takde ah suka nak pukul orang. Haha. She's cute. Mata dia bulat. Betul. Tolong ah percaya aku....... Dia ni kan, haihhh. Bila time exam, markah lebih kurang je dengan aku. Tapi bila dapat result PMR, apak ahh. Aku terus benci dia. Hahaha banyak A ok dia dapat T.T it's okay. Masa form3, aku duduk sebelah dia. Aku suka buli dia, kacau dia, bila tengah buat kerja, aku menyanyi. Nanti mesti dia marah. Kurang ajar kan. Lepastu dia ni suka banyak tanya. Eika, aku sayang kau tau. Haha dah jangan kembang. Belajar pandai pandai. Jadi chef yang berjaya. Aku tahu kau suka memasak even kau lasak. Haha jangan lupa aku please :'(


Nur Alissa......Bunny!!!!!!!!!!!!! Haha apak ah dia punya pipi macam pau. Dia yang pakai cermin mata. Pendek. Ok. Mesti kau tengah marah aku sekarang ni. Haha peduli apeee. Dia ni fanatik gila dengan Korea. Dengan Kevin dia. Haihh. Lissa, walaupun aku selalu sakit hati dengan kau, terasa dengan kau, tapi aku sayang kau. Tolong ah touching :( Hahaha. Aku mintak maaf kalau selama kau kenal dengan aku, aku pernah buat kau terasa hati or apa apa. Tak sengaja tau. Haha. Jaga diri dekat TD2. Jangan nakal-nakal sangat. Belajar kena serious ah lepasni. SPM next year. Nak jadi doktor haiwan kan ? Hahaha nanti aku dah ada diploma, kau baru nak amik :p Sayang kau bunny.


Aishah Dhabitah.......Dia dah pindah dulu... Aku ikut jejak kau ni echa. Tapi aku still area Johor Bahru lagi. Hehe. Jaga diri baik-baik dekat sana. Jangan lupa kitorang cha. Aku harap kau jadi peguam yang berjaya. Terima kasih selama ni kau banyak tolong aku selesaikan masalah aku. Beri aku nasihat. Aku minta maaf kalau selama kita berkawan, aku asyik menyusahkan kau. Aku sayang kau anak Azman :')


Yang nadhirah tak payah lah. Aku pindah sekolah sama dengan dia. Haha tadi last day aku lepak dengan diorang. Makan snogurt dengan diorang. Lepasni tak ada lagi dah.Terima kasih kerana ada untuk aku selama ni. Terima kasih.





Aku takkan lupa semua ni :')
Tiada kawan yang gila,  pernah aku ada selain mereka.




Untuk 3KAA.


Ini lah kelas yang paling aku sayang seumur hidup aku. Dah macam keluarga. Walaupun form4 semua dah berpecah kelas, masih tetap bersama. Lepasni dah tak ada botol air aku Cho sembunyikan. Kasut aku nad gantung dekat tempat tinggi. Beg sekolah aku diorang sembunyikan. Meja aku diorang conteng. Ya Allah, hanya engkau je yang tahu perasaan aku sekarang ni. Inilah kali pertama aku pindah ke tempat lain. Belajar di tempat lain. Belajar dengan kawan baru. Bukan dengan mereka selama ini. Tapi ini untuk masa depan aku. InsyaAllah aku boleh. Boleh tanpa mereka disisi :')


Selamat Tinggal.



Sincerely,
YeyenDzarif





Old things | New things