Yeyenn Dzarif
Princess ♥
 photo 1426709_642674195795910_690669622_n_zpsb1812d11.jpg
Yeyenn. Malaysia

Entries About Linkies Stuff


Tagboard
.Put your cbox code here .

Credits
Template : Diana Adriana
Basecode : Dinie Hanani
Intan Aqilah
Best view : Google Chrome

Friday, March 8, 2013 | 9:21 PM | 0 Awesome People
Assalamualaikum. Salam 1 Malaysia.

Sedar tak sedar, dah masuk dah pun bulan 3. Bulan yang paling aku suka. Eh ? Eh mestilah suka. 4 march tarikh lahirnya aku ke dunia ini. Sebenarnya memang aku sedih sangat. Rasa mcm tak guna lah birthday aku tahun ni. Selalu sambut dengan family and kawan-kawan aku. Tapi tahun ni aku dekat asrama. Aku taknak. Aku nak sambut, makan kek dengan family, kene dengki tepung dengan member member aku. Ish rasa mcm nak nangis taukk. 

Kau nak tahu ? Ha aku rindu gila nak update blog. Ya Allah hanya engkau je yang tahu perasaan ku T.T  Ok stop. Aku sayang budak dorm aku. Diorang hmmmmmmmmm sweet gila ok x) Hari ahad sebelum birthday aku, kitorang kene stay prep sampai pukul 12. Kena denda sebab bising dekat prep. Then masuk dorm pukul 12 pagi lah baru dapat masuk. Ok kalau dah pukul 12 pagi, means dah 4 march! Yeayyy. Lepastu hmm aku tunggu punya tunggu no one pun wish 'birthday' dekat aku. How sad. Kalau nak tahu masa tu aku tengah ada problem dengan ketua dorm aku. Kak mar. Tak bertegur 2 3 hari mcm tu. Senyum pun tak. Lepastu kan pagi tu nak tidur tetiba aku dah meleleh air mata dah. Yang ni poyo. Haha yelah sedih kot. 

Then esoknya bangun pagi, bersiap nak pergi sekolah, ok aku tunggu dari pagi sampai petang tak ada sorang pun budak dorm aku yang wish. Aku pun macam " ish apa diorang ni, tak ingat birthday aku ke, ish sedihnya, ish nak balik, ish ish ish " haaaa. Lepastu masa tu pukul 2 petang, masuk kelas balik lepas rehat 1 jam. Aku masuk kelas terus tidur. Haha ngantuk woi. Then tetiba budak sebelah aku tepuk-tepuk badan aku. Aku sadar, aku tanya dia kenapa. Dia pun tunjuk papan hitam kelas. Aku tengoklah. Nak tahu ada apa ? Ha diorang tulis dekat blackboard tu "SELAMAT HARI LAHIR" then ada nama aku dekat bawah tu. OMG. Terharu. Lepastu si Loqman my classmate said "Eleh birthday girl nak tidur tidur pulak" then he's laugh. So rude. Hahaha then diorang pun wish, nyanyi lagu birthday and baca doa selamat. Awwh loves them! 

Okay then masa tu ada free period. Pukul 4 dah habis kelas. So ada lagi satu jam sebelum balik. Aku dengan kawan aku pun pergi cafe lepak lepak. Then berbual dengan budak dorm semua. Lepastu dah pukul 5, pergi surau kena bentang sejadah. That day, dorm aku yang kena bertugas. Lepas dah bentang, yana ajak pergi minimart. Aku pun, haa jom lah. Last-last dia kata, tak jadi pergi. Diorang aja pergi DM (Dewan Makan). Aku jarang pergi DM untuk minum petang. Malas. Aku cakap dengan budak dorm aku yang aku taknak pergi terus nak masuk dorm je. Sekali diorang kata, dorm kena sill. Means tak boleh masuk. Aku dah, haihh aku dahlah dengan penatnya, pening kepala nya, takde mood nya, kan dah. Lepastu diorang merayu suruh aku pergi DM jugak, aku pun "yelah yelah". Sampai DM terserempak dengan kak mar, kak mar kata "dorm kena sill, tak boleh masuk dorm" Aku terus masuk DM letak beg. Then dalam DM tu ada ketua dorm lelaki dengan perempuan. Yang KD lelaki ni tanya KD perempuan tu " Ain yg mana satu? ", aku terus pandang dia, lepastu dia tersengih-sengih then bla. Aku pun pelik dengan budak dorm aku ni, tadi beria ajak pergi DM, tapi tak makan pun. Aku letak kepala atas meja, diorang tanya aku ok ke tak. Aku cakap ok. Lepastu sorang-sorang tinggalkan aku dekat situ. Kak mar datang, dia suruh aku ikut dia. Aku pun ikut dia, duduk dekat bangku then kena ceramah dengan dia sampai aku nangis-nangis. Ok poyo. Lepastu.............


Masa aku dengan kak mar berdua je, tetiba budak dorm aku terlari lari, kak mar tegur, diorang kata nak mandi. Then kak mar membebel dekat aku "tah pape je bebudak ni, nak mandi mcm mana, tuala semua dalam dorm, dorm kena sill" Aku ketawa je. Then kak mar suruh bukak dorm. Dia bagi kunci dekat aku. Masa nak bukak pintu dorm, kak mar cakap " cepat sikit ain bukak pintu tu ". Ok sedih. Haha. Bila pintu da terbuka je, tetiba "SUPRISE!!!!" Yang aku terus menangis. Dengan lilin nya, kek coklat, diorang nyanyi lagu birthday, nasib budak dorm lain tak ramai tengok. Ya ampun sumpah bengang. Sampai keluar hingus aku. Haha selebet. Then diorang suapkan kek, lepastu ina, icu, daisy jahat. Diorang calit cream kek dekat muka aku, nasib tak kena tudung sekolah. Dahlah dengan pakai baju sekolah lagi.Lepastu bagi kek dekat KD KD lainnnnn and budak dorm lain pun ramai yg wish. Memang terharu gila. Sampai hati diorang :'( 

Bila balik dari asrama, sampai rumah je dayana terus bagi aku sampul surat warna kuning. Besar. Rupanya my besties give me the big cards! Love them muchhhhhh <3 Aku nak memangis masa baca kad tu. Diorang sweet. Tak sangka gila diorang buat macam tuu. Ya Allah rindunya dekat diorang. Nak jumpa :'( Lastly, i don't want  go back to hostel. Don't want . Bye.

Old things | New things