Yeyenn Dzarif
Princess ♥
 photo 1426709_642674195795910_690669622_n_zpsb1812d11.jpg
Yeyenn. Malaysia

Entries About Linkies Stuff


Tagboard
.Put your cbox code here .

Credits
Template : Diana Adriana
Basecode : Dinie Hanani
Intan Aqilah
Best view : Google Chrome

Hi.
Wednesday, May 29, 2013 | 10:47 PM | 0 Awesome People

Assalamualaikum. Salam sejahtera :)


Hi blog. Sudah begitu lama aku tinggalkan kau. Maaf. Hmm sedih. Buku diary aku kena rampas. Benci. Banyak woi cerita aku dalam tu. Nak luah dekat mana lagi kalau bukan buku diary ?! Kalau tiap hari boleh bukak blog takpelah T.T dugaan. Sudah. Aku malas nak cerita pasal asrama. Bosan. 


Aku nak cerita. Dekat sini aku nak luahkan semuanya. Jangan kau peduli. Aku. Aku dah tersuka dekat seseorang ni. Ahhhh aku benci perasaan ni. Aku taknak bercinta monyet lagi. Aku takut dikecewakan macam dulu. Aku dah serik. Cukuplah sudah 2kali. Aku taknak terulang lagi. Tapi........................
Aku sendiri tak tahu apa nak buat. Aku jadi gila. Ini tipu. Aku jatuh hati sebab.......................cara dia, senyuman dia, kependekan dia, buat dia nampak 'cute' depan mata aku. Ish. Pertama kali aku nampak dia, dia buat aku beria nak tahu siapa nama dia. Aku benci ini sebenarnya. Sebab, perasaan macam ni lah yang aku rasa masa aku nak kenal dengan anak Tahir tu dulu. Ya. Serupa begini. Aku terlihat dia lepastu aku yang beria nak kenal dengan dia. Ya ampun. Lepastu apa jadi ? Hm menyesal kau tahu.


Aku tak tahu nak kata apa. Tapi aku suka dia. Aku suka cara dia. Aku tak tipu. Lepas aku tahu nama dia, aku dapat tahu dia suka someone budak sekolah lama dia. Bila aku dapat tahu, aku terus cuba stop suka dia. Tapi aku gatai juga, cari FB dia, add FB dia, IM dia, dan dia bagitahu aku dia dah taknak suka budak tu sebab budak tu dah ada pakwe. Tapi aku taknak percaya. Sebab dia dah suka budak tu dah lama, and budak tu pun suka dia, ini rakanku yang kata. Tak mungkin dia senang lupakan semua tu. Ini semua berdasarkan pengalamanku. 


Suatu hari, aku tulis sesuatu dekat buku, aku bagi dia baca. Masa tu aku tak berharap langsung dia akan balas. Cukuplah sekadar dia baca apa yang aku tulis. Keesokan harinya, aku dapat balik buku yang aku bagi dia, dia balas :')  Dia buat ni 'NMZ <3NAFD' Tidak!!!!!!! Hahaha aku dah macam orang gila kau tahu. Aku bagi dia kertas bentuk love. Dia pun bagi sama yang macam aku bagi dia. Lepastu masa nak exam, dia bagi aku Cadbury Hot Chocolate, dia wish goodluck. Hmm thankyou awak. Hehehe. Dia ada bagi aku coklat Vochelle, Cloud9. Haha kenyang betul aku :b Aku pun apa kurangnya. Bagi dia gula-gula, air kotak, roti :p Yang paling bengang, aku bagi dia satu sampul, dalam sampul ada surat, ada lirik lagu, ada origami love, ada milo . Hihihi merepek. Sebenarnya masa tu aku bosan gila dekat prep. Tak tahu nak buat apa. Tetiba teringat dekat dia, jadi aku penuhkan masa dengan buat benda tu semua. Dia kata dia terharu. Eleh. Poyo betul. Dan yang sedih, semalam waktu nak balik ke rumah, aku tak dapat tengok dia balik. Kalau tak aku selalu tengok dia, nanti dia tengok aku, aku senyum dekat dia, dia senyum dekat aku, seronok. 


Tapi kitorang tak ada apa-apa relation lagi pun. Cuma sekadar kawan je sekarang ni :( Hahaha. Jadinya, aku cuba untuk control feeling ni. Takut tersakiti macam dulu. Aku kena jadi bijak. Ceh. NMZ, saya rindu nak main senyum-senyum dengan awak yang selalu kita buat dekat dewan makan :p Saya rindu nak main balas-balas buku dengan awak. Saya rindu nak stalk awak. Eh. Hahaha bye. 

Old things | New things