Yeyenn Dzarif
Princess ♥
 photo 1426709_642674195795910_690669622_n_zpsb1812d11.jpg
Yeyenn. Malaysia

Entries About Linkies Stuff


Tagboard
.Put your cbox code here .

Credits
Template : Diana Adriana
Basecode : Dinie Hanani
Intan Aqilah
Best view : Google Chrome

Nokhtah.
Friday, November 22, 2013 | 7:03 AM | 0 Awesome People
Aku penat hidup macam ni. Aku penat tiap masa rasa sebegini. Aku penat menangis kerana benda yang sama. Kenapa aku diciptakan terlalu lemah ? Kenapa mesti aku ? Jujur aku penat. Aku nak semua ni berakhir. Aku nak bahagia. Aku nak ketawa. Bukannya derita. Tolong. Beri aku peluang. Kasihani lah aku.


Jujur aku bilang. Aku lebih sayangkan sebuah ikatan 'persahabatan'. Kau bukan tak tahu. Aku lebih mudah mengalirkan air mata kerana kawan. Itu lebih elok bagi aku daripada aku membazir air mata kerana seorang lelaki yang belum sah jadi milik aku. Ya Allah, aku rindukan sahabat aku. Aku rindu terlampau rindu. Aku mohon, kau ketemukan lah kami. Biarlah dengan apa cara sekalipun. Aku sakit tahan semua ni.


Semua ni berubah bila aku pindah. Pindah ke sekolah lain. Kalau aku tahu begini jadinya, aku takkan pergi sekolah baru. Aku rindukan sahabat lama aku. Setiap masa aku dengan dia. Kemana mesti dengan dia. Belajar mesti dengan dia. Aku terlalu rindukan dia. Aku rindu gelak tawa menangis kitorang kongsi bersama :') Kau tahu kan betapa indahnya bila kau ada seorang 'sahabat' macam tu ? Itu yang aku rindu. 


Sahabat, aku tahu kau boleh hidup tanpa aku. Aku tahu engkau dah jumpa pengganti aku. Aku tahu kau boleh lupa aku. Aku dah mula rasa yang kita semakin jauh. Ya aku memang rasa. Kita dah tak seperti dulu. Tak serapat seperti dulu. Betapa aku rindunya engkau. Kau semakin jauhkan diri dari aku. Aku rasa mcm aku dah bukan sesiapa pada engkau. Maafkanlah hati bila tak sempurna menyayangimu. Aku terasa. Mungkin engkau dah terbiasa tanpa aku disisi kau :')  


Maafkan aku. Mungkin salah aku juga. Tapi jangan kau lupa. Aku sedikit pun tak pernah lupakan kau. Gambar kau, kad yang kau bagi masa hari jadi aku, aku bawak ke asrama. Aku simpan. Aku tengok bila aku rindu. Betapa beruntungnya aku punya sahabat seperti kau. Yang tetap bagi aku semangat bila aku jatuh. Aku harap kau juga begitu. Tak lupa pada aku. Pada kisah 'kita'. Maafkan aku kalau ada buat kau terasa hati. Maafkan aku bila aku tak sempurna bila aku melayan kau. Aku rindu 'kita'. Aku rindu nak makan dekat kantin sekolah dengan kau. Beli makanan sama-sama dengan kau. Lari merentas desa dengan kau. Balik sekolah dengan kau. Kacau tencho dengan kau. Main bola jaring dengan kau. Tidur sebelah kau. Rindu nak tengok kau naik pentas amik hadiah. Rindu nak tengok kau tersenyum bila dapat result yang cemerlang. Sekarang benda tu semua aku dah tak dapat nak tengok. Kita dah jauh. Kita dah tak berjumpa. Cuma tolong ingat ni. 'Aku sayang kau'. Bahagia lah kau walau bukan dengan aku. Janji dengan aku. Teruskan belajar untuk capai-capai cita-cita kau. Aku tumpang bangga.





Jaga diri. Jangan lupa aku.

Assalamualaikum.



Old things | New things