Yeyenn Dzarif
Princess ♥
 photo 1426709_642674195795910_690669622_n_zpsb1812d11.jpg
Yeyenn. Malaysia

Entries About Linkies Stuff


Tagboard
.Put your cbox code here .

Credits
Template : Diana Adriana
Basecode : Dinie Hanani
Intan Aqilah
Best view : Google Chrome

Meh sini.
Saturday, December 14, 2013 | 6:54 AM | 0 Awesome People
Assalamualaikum. Untuk pembaca blog sampah aku, terima kasih kerana kau tidak muak untuk jengah ke tempat aku luahkan segalanya di sini. Terima kasih sudi bazirkan masa kau untuk baca cerita aku.


 Meh sini. 

 Pernah kau rasa kau dipandang keji orang sekeliling? 

 Pernah kau rasa kau ni di benci semua orang?

 Pernah kau rasa kau seperti ingin meludah ke muka orang yang berlagak sempurna di depan kau?

 Pernah? Eh aku pernah. Memang pernah. Sini aku cerita. 



Aku pernah ke dunia itu. Aku pernah ke situ. Dulu. Orang kata 'eh dia ni fake', 'eh kau ni sombong!', 'eh ain ni dekat laman sosial kemain ramah, bila dekat luar? pandang pun tak apatah lagi tegur', eh semua. Lebih dari itu pun aku pernah kena. Bila aku pandang orang sekeliling seolah-olah macam mereka nampak setan dekat aku. Keji betul. Hina betul aku. Kata orang aku ni sebal. Aku ni gila. Aku ni itu aku ni ini. Eh tapi kenapa kau masih disini sayang ? Kenapa kau masih mendekati aku sedangkan mereka kata aku ni gila! Aku ni sebal! Aku ni orang akalnya tiada! Pergilah sayang. Mereka tahu aku ni gila aku ni gila, ya gila. Hidup aku sedangkan lain dengan hidup mereka. Begitu mudah mereka menghukum aku. Aku ni aku. Mereka kata aku sombong. Aku sombong! Bodoh. Mereka tak fikir panjang sedangkan mereka tak pernah kenal aku tak pernah rasa rapat dengan aku. Bukan sombong tapi malu itu memang sifat aku. Kau tak percaya? Kau tanya ibu aku. Dari sekolah rendah aku selalu ditegur guru kerana aku pendiam. Aku akan bercakap dengan orang itu apabila dia yang mula menegur aku. Bukan aku sombong. Kau bodoh kata aku macam tu. 

Hei ini lah aku sebenarnya. Aku yang tak reti pandang orang sekeliling. Aku yang tak senyum pada orang yang aku tak suka. Aku pernah kena kutuk sepuasnya oleh mereka. Orang yang hati busuk dengki dengan aku yang entah apa agaknya salah aku pada dia tah. Orang yang nak sangat lihat aku jatuh dengan makiannya lepastu dia akan ketawa kan aku sepuasnya. Bodoh orang itu, jangan mimpi aku akan jatuh kerana dia. Aku percaya pada diri. Ini aku. Buat apa nak jadi orang lain? Aku garang? Aku kasar? Aku sebal? Eh ini memang aku! Aku sudah cukup bersyukur dengan orang yang bertahan dengan aku yang bodoh, kosong, sebal, kasar, bengap, hodoh, jelik ini. Aku akan kata 'berambuslah kau' pada mereka yang iri hati. Aku tak perlukan orang macam kau. Pedulikan kata racun yang cuba untuk jatuhkan kau. Setan semuanya. Buat apa kau perlu kisah dengan racun itu sedangkan kau ada madu untuk ditelan. Kau ada mereka yang sayang engkau. Yang tak pernah jemu untuk buat kau bangkit dari jatuh. Cukup untuk kau hargai mereka yang puja kau. 

 Ya. Aku tahu memang sakit bila kau diperlakukan seperti najis tu. Sakit seperti kau mahu bunuh diri. Sebab aku pernah hidup didunia itu. Aku pernah lemah seperti kau. Aku lemah dan betapa bodohnya aku. Tapi bila kau cuba untuk bangkit, kau ngadu lah pada yg sudi. Kau tenang. Semangat kembali. Aku tahu kau akan rasa seperti mahu meludah ke muka kotor yang pernah buat kau jatuh itu. Untuk apa? Sedangkan buat 'tak kesah' itu jauh lebih bagus dari kau melawan. Orang yg buat kau rasa down tu akan mengalah sebab kau lah heronya. Hero dalam 'kesabaran' sedangkan dia? Bangang abadi. Kalah dengan penuh keji. Silap diri mereka tak pandang disebabkan terasa diri mereka terlalu mantap sempurna mereka mudah pandang keburukan orang lain. 

Hei. Pedulikan mereka. Tolong dengar kata aku. Mereka akan lemah. Sekarang aku hidup didunia aku. Dunia yang langsung aku tak peduli dengan apa orang kata. Ini aku. Aku tahu. Mereka tak suka? Berambus. Aku sedih menangis ada mereka tiba? Tiada. Aku sudah lali dengan semua kutukan yang takkan pernah habis telan dek zaman. Takkan ada orang yang semua suka kau dan tiada yg benci kau. Takkan ada. Tak usah kau mimpi semua tu. Hidup kau, kau. Hidup mereka, mereka. Hidup kita, hanya kita. Cuba tabahkan hati. Keraskan diri. Jangan kau lemah. Lagi-lagi kau perempuan. Tolong. Airmata kau terlalu mahal. Tolong simpan. Di sini aku noktahkan. Salam sayang, perempuan gila.

Old things | New things