Yeyenn Dzarif
Princess ♥
 photo 1426709_642674195795910_690669622_n_zpsb1812d11.jpg
Yeyenn. Malaysia

Entries About Linkies Stuff


Tagboard
.Put your cbox code here .

Credits
Template : Diana Adriana
Basecode : Dinie Hanani
Intan Aqilah
Best view : Google Chrome

Suatu pernah.
Monday, December 23, 2013 | 11:13 PM | 0 Awesome People
Assalamualaikum aku ucapkan. Pada engkau yang masih lagi sudi jengah ke sini terima kasih aku ucapkan. Aku nak bercerita sekali lagi. Aku nak luahkan sekali lagi. Di sini tempat aku.


Pernah kau lalui saat di mana ex boyfriend kau datang muncul semula dalam hidup kau ?

Pernah kau rasa dimana susahnya kau lupakan dia dan kau dah pun berjaya lupa kan dia tetapi dia muncul semula merayu untuk kau kembali pada dia?


Kau pernah rasa semua itu?
Ya. Itu lah yang tengah aku lalui sekarang. Shit.


Maksud aku disini, ex itu bukanlah sekadar ex boyfriend atau girlfriend. Tetapi boleh jadi juga 'ex friend' atau ex bestfriend. Hei tipulah kau kalau kau tak pernah rasa macam apa yang tengah aku rasa sekarang ni. Payah. Perit. Sakit. Benci. Bodoh. Tak guna. Ya itu semua aku tengah rasa.

Bayangkan, dulu kau selalu puja-puja dia. Engkau terlalu sayang dia. Engkau selalu usaha sedaya upaya untuk buat dia ketawa. Engkau selalu rasa bahagia bila dekat dengan dia. Ya kau sayang dia! Kau nak dia! Kau nak bersama dengan dia selamanya! Kalau boleh takkan ada satu orang pun yang boleh bahagia dengan dia macam mana kau bahagia dengan dia..... Ya dia pernah buat kau rasa kau 'terharga' tapi rupanya kau silap. Rupanya kasih sayang yang pernah kau bagi cumalah membazir untuk orang itu. Dia buat kau seperti dikutip bila dia sudi dan dibuang bila mati. Akhirnya kau dilepaskan akhirnya kau ditinggalkan. Bodoh. Apa makna kasih sayang yang pernah kau bagi selama ni?! Hoi tak guna kau tak pernah sedar semua itu! Sakit apa kau rasa dia pedulikan. Terlebur hancur tulang rusuk terpecah belah berkecai sepai ah tak guna kau sakit seperti kau rasa kau tak ada apa. Kosong. Pergi mati wahai perasaan. Kenapa perlu ada lagi? Sedangkan dah tak ada apa. Kosong. Pergi mampus.

Dulu kau buat seolah tak pernah ada apa tak pernah kau inginkannya kau lupa? Dan lebih sakit bila kau tetap tunggu dia ditepi jalan sedangkan kau seolah tak bermakna apa pada dia. Lupa ke? Jangan tambah sakit kalau dulu kau dah pernah rasa sakit? Suka ke sakit untuk kedua kali? Seronok? Tak kan? Bangkit. Kuatkan diri. Pedulikan.

Takkan ada apa yang mampu buat dia pulang, bila rasa sudah tiada buatlah apa dia tetap terbang. Jangan kau pujuk dia jangan pergi, jangan kau minta dia fikir lagi, jangan paksa untuk renung semula jangan kau suruh apa-apa. Jangan kau izin tubuh dibuka, jangan lah kau pamer reput di dada, jangan lah kau rebah jangan kau goyah dan jangan kau izin tubuh didarah. Jangan jadi bodoh. Bangun lah kau. 

Sudah puas kau sakit..........Dia cuma suatu yang pernah. Seperti aku. Dan dengarlah jeritku jujur tak terfitnah dia cuma bagi ku suatu yang pernah. Terima kasih atas ajarmu. Cinta tak wujud. Ah tak pernah. Takkan ada apa untuk buat aku balik pada kau. Takkan ada. Terima kasih pernah buat aku bahagia walau sedikit secubit. Aku tak terasa. Lebih racun yang aku telan. Puas aku bertahan. Penat aku tabah. Aku penat juga. Kau mana pikir? Kau mana kisah? Kau tak ada hati. Otak letak dekat lutut. Mana nak pikir? Ah pergi mati. Cilaka perasaan ini. Tolong pergi. Jangan pernah nak kembali. Sampai mati. Salam benci, gadis jelik.



Old things | New things