Yeyenn Dzarif
Princess ♥
 photo 1426709_642674195795910_690669622_n_zpsb1812d11.jpg
Yeyenn. Malaysia

Entries About Linkies Stuff


Tagboard
.Put your cbox code here .

Credits
Template : Diana Adriana
Basecode : Dinie Hanani
Intan Aqilah
Best view : Google Chrome

Biarkan.
Saturday, March 22, 2014 | 8:17 AM | 0 Awesome People
Aku........aku rindu. Rindu seorang lelaki yang pernah wujud dalam hidup aku. Orang yang aku sayang. Maaf. Dengan cara ini saja aku dapat lepaskan rindu dan aku luahkan segalanya. Maaf. Aku jiwang seketika :') Hafiz- nama yang paling aku suka. Hafiz- penghafaz al-quran dan inshaa Allah suatu hari nanti. Aku doakan. 

23/3/14 - genap setahun aku kenal kau. Genap setahun aku mula rapat dengan kau. Dan tarikh ni yang memang aku nanti-nantikan sebelum ni untuk aku kongsi cerita, aku kongsi rasa gembira aku dengan kau tapi tak kesampaian. 28/3 - birthday kau. Dah lama aku impikan untuk nyanyi lagu birthday untuk kau depan kau, aku nak wish birthday depan kau tapi...................tak kesampaian jugak :') ya aku sedih sangat. Bila ingat balik, mesti aku nangis ah aku lemah pis aku lemah sangat takde kau. Kau lupa, kau dulu selalu suruh aku jadi perempuan yg kuat dan sekarang hilang dah semua tu. Ya Allah, kuatkan lah aku. Hafiz, jaga diri.



Aku cakap dengan kawan-kawan aku yang aku suka sangat tengok gambar kau yang ni haaa sampai aku simpan dalam purse aku. Bila bukak je mesti nampak kau :') Hafiz, kawan aku kata aku bodoh sebab aku masih simpan lagi gambar kau. Dalam locker aku ada kau, sticky note aku ada kau,purse aku ada kau, kat meja aku ada nama kau, mana-mana mesti nak ada kau. Bila orang kata aku 'bodoh' sbb masih sayang kau, harap kat kau, aku cuma mampu balas dengan senyum je pis. Aku tahu, banyak mana pun kau benci, marah dekat aku akan tetap ada sedikit rasa sayang dekat aku kan pis? Tipu kalau takde :p 

Hafiz, ingat tak dulu kita janji apa? Ingat tak? Dulu kita janji nak keluar KV sama-sama kalau aku belajar dekat tempat lain kau akan cari aku sampai jumpa. Ingat tak kau kata kau takkan cari orang lain sbb kau nak aku sorang je? Ingat tak yg aku pun janji benda yang sama? Hafiz, ingat tak kita pernah janji nak pakai baju merah sama-sama masa annual dinner tahun lepas? Ingat tak yg kau bisik dekat aku yang kau sayang aku dan aku pun bisik benda yg sama? Hafiz, ingat tak yang kau kata lepas habis 4 tahun kau nak kita kahwin? Hafiz, aku tahu kau tak lupa :') Hafiz, ingat tak yg kita selalu senyum-senyum bila makan dekat dm ? Hafiz ingat tak kita selalu main balas-balas buku, sticky note, surat? Ingat tak yg kau selalu nak jadi org yg pertama wish monthsary kita? Ingat tak ? Hafiz, kau masih ingat aku ke? Aku tahu kau takkan lupa aku :') 

Aku rindu nak bercerita dengan kau. Aku rindu nak marah kau tengking kau cemburu dengan kau. Aku rindu nak bau baju kau. Hafiz, aku macam orang bodoh rindu kau. Aku tahu kau tak pernah dah nak rindu aku. Aku tahu ni semua salah aku. Aku ego. Aku pentingkan diri sendiri. Aku tahu kau penat. Kau sendiri kata kau penat nak jaga hati aku. Maaf. Aku tak tahu pula selama ni kau tak tahan dengan perangai aku. Maafkan aku hafiz. Silap aku. Biarlah aku tanggung. Hafiz, aku rindu nak bebel dekat kau suruh kau mandi, suruh kau bangun pagi, gaduh dgn kau pasal MU dgn Chelsea. Hafiz, aku lemah bila aku teringat semua tu. Hafiz pls satu je, even aku dgn kau dah takde apa tapi tolong. Senyum bila terserempak dgn aku, janganlah buat muka nyampah dengan aku. Hafiz tolong, jangan tak layan kawan-kawan aku. Diorang tak salah wak. Saya rasa serba salah bila awak buat diorang macam tu pls hafiz. 

Kenapa aku tak boleh dapat peluang kedua? Kenapa aku tak boleh? Sekali aku mintak, mentah-mentah kau tolak. Kenapa aku boleh bagi kau sampai peluang ketiga? Kenapa pis? Memang dah tak sayang aku ? Aku tahu kau sayang tipu lah kalau tak sayang :p Hafiz, aku ingat kita boleh bertahan sampai kahwin hehe tapi takde jodoh kan. 9 bulan? Aku sangat hargai. Hafiz, aku tahu kau akan baca blog aku. Aku tahu. Kalau kau masih anggap kita kawan, pls tegur aku. Jangan buat aku mcm tak pernah wujud dalam hidup kau. Aku tersiksa bila kena macam tu pis. Aku down. Hafiz, lagi 17 hari kan kita nak genap 10 bulan? Tapi tak sampai :') takpelah, kalau ada jodoh, ada lah. Aku masih sayang kau. Jangan kau ingat aku benci kau. Aku takkan benci kau. 

Terima kasih selama ni selalu bersabar dengan aku. Terima kasih sayang. Semua orang kata aku BODOH sebab lepaskan kau. Dan ya aku memang si bodoh tu. Hafiz, satu je aku mintak. Kalau dah jumpa pengganti aku, jaga dia baik-baik. Dan aku tahu kau boleh bimbing dia ke jannah. Kau lelaki yg baik hafiz. Aku tak tipu. Pesan aku, jaga lah diri kau. Hormat orang tua kau. Semoga kau berjaya dunia akhirat. Jaga pemakanan. Jaga kesihatan. 


Assalamualaikum sayang.


Old things | New things