Yeyenn Dzarif
Princess ♥
 photo 1426709_642674195795910_690669622_n_zpsb1812d11.jpg
Yeyenn. Malaysia

Entries About Linkies Stuff


Tagboard
.Put your cbox code here .

Credits
Template : Diana Adriana
Basecode : Dinie Hanani
Intan Aqilah
Best view : Google Chrome

#MH370 sayang.
Wednesday, March 26, 2014 | 11:25 PM | 0 Awesome People


Duhai pesawat MH370
Bersabarlah
Usah kau bimbang usah kau gundah
Tabahlah
Tidak putus do'a yang dihulurkan
Sebagai ganti untuk pertolongan
Tabahlah kuatlah wahai sayang
Tetap menunggu kehadiranmu pulang
Jika benar dirimu tiada
Ingatlah Syurga menanti disana
Pemergian yang ditanggisi satu dunia
Mengharap engkau segera pulang
Tabahlah wahai sayang
Dirimu tetap akan ku kenang


Wahai hati bertabahlah
Mereka pergi bukan kerana benci
Mereka sudah di panggil pulang
Bukan kerana tidak sayang
Wahati hati kuatlah
Mereka juga ingin lihat kamu riang
Andai mampu mereka ingin sampaikan pesan
Mereka disana sudah tiada kesakitan
Wahai hati senyumlah
Mereka ingin kamu bahagia
Walau mereka sudah tiada
Wahai hati jangan menangis lagi
Mereka di sana sedang menanti
Sampai masa kita bertemu semula
Doakan kekuatan buat mereka
MH370 dalam kenangan luka


Kita mungkin tidak pernah bertemu wahai MH370
Tetapi hari ini semua orang mencari-cari kamu
Hari ini semua orang menanti kamu
Hari ini dunia risaukan kamu
Hari ini semua orang sebut kamu

Muncullah MH370
Ada jiwa yang menanti anaknya
Ada jiwa menanti suaminya
Ada jiwa menanti kakaknya abangnya adiknya
Ada jiwa menanti isterinya
Ada jiwa menanti ibunya
Ada jiwa menanti ayahnya
Ada jiwa menantikan anaknya




Assalamualaikum


Old things